Thursday, November 15, 2018

Manfaat Lemak Dari Badan Sendiri

Selepas perkataan 'bermadu', perkara lain yang paling ditakuti oleh golongan wanita ialah 'lemak'. Lemak yang selama ini digeruni wanita membawa pelbagai masalah kerana menjadi punca utama kepada faktor kegemukan dan obesiti.

Bagaimanapun kaedah terkini yang dipanggil pemindahan lemak telah mengubah persepsi mengerikan terhadap pepejal yang selama ini dianggap langsung tidak berguna kepada manusia.

'Sebahagian lemak, selepas diproses masih mempunyai manfaat kepada wanita,' kata doktor Hakim Hamzah dari klinik estetik Ayu Jelita, Ampang, Selangor.

Bekas pensyarah sakit puan di sebuah hospital di ibukota ini memberitahu, kaedah pemindahan lemak atau fat transfer menjadi rutin rawatan kecantikan yang paling terkini, popular dan dipercayai ramai.

Apa itu fat transfer?

Secara umumnya pemindahan lemak ialah satu prosedur yang dilakukan bagi memindahkan lemak di sesuatu bahagian badan, kepada satu bahagian badan yang lain.

Sebagai contoh, lemak di bahagian paha atau punggung diambil, diproses dan kemudian disuntik ke bahagian muka. Prosedur ini hanya mengambil masa antara 20 ke 30 minit kerana ia tidak terlalu rumit untuk dijalankan.

Baca Info Lanjut : KLIK DISINI

BioVCO

Online Marketing

Posted by: mybiovco@gmail.com
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Have you tried the highest rated email app?
With 4.5 stars in iTunes, the Yahoo Mail app is the highest rated email app on the market. What are you waiting for? Now you can access all your inboxes (Gmail, Outlook, AOL and more) in one place. Never delete an email again with 1000GB of free cloud storage.

https://www.biovco.com

SPONSORED LINKS

Wednesday, November 14, 2018

Cantik dan Sihat Tanpa Jerawat

CANTIK yang sihat. Bunyi macam pelik tetapi masih ramai wanita yang tidak mengetahui kesihatan merupakan elemen utama untuk sentiasa kelihatan cantik.

Wanita perlu jelas bahawa kecantikan lahir daripada kesihatan yang baik.

Bagi wanita yang sihat, mereka tidak mempunyai masalah untuk kelihatan cantik dalam apa jua keadaan.

Pencegahan semula jadi seperti ini dapat menjimatkan kos rawatan yang mencecah ribuan ringgit di samping memastikan hormon dalam diri berfungsi dengan baik.

Ini kerana hormon yang berada dalam diri kita banyak mempengaruhi kehidupan seharian.

Selain itu, pemakanan yang tidak sihat, tidur tidak cukup dan tidak melakukan aktiviti yang mengeluarkan peluh boleh mengakibatkan masalah jerawat, kegemukan atau penyakit berbahaya seperti kanser payu dara, sakit jantung dan sebagainya.

Baca Info Lanjut : KLIK DISINI

Posted by: mybiovco@gmail.com
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Have you tried the highest rated email app?
With 4.5 stars in iTunes, the Yahoo Mail app is the highest rated email app on the market. What are you waiting for? Now you can access all your inboxes (Gmail, Outlook, AOL and more) in one place. Never delete an email again with 1000GB of free cloud storage.

https://www.biovco.com

SPONSORED LINKS

Tuesday, November 13, 2018

Penyakit Masalah Tiroid

Penyakit Masalah Tiroid

TIROID adalah satu kelenjar yang terletak di bahagian hadapan leher dan menjaga beberapa fungsi utama badan. Penyakit tiroid boleh mempengaruhi hampir kesemua bahagian-bahagian badan dan juga merbahaya untuk kesihatan.

Penyakit tiroid lebih kerap berlaku di kalangan wanita berbanding lelaki. Penyakit ini juga boleh berlaku semasa dan selepas kehamilan. Rawatan untuk penyakit ini bagaimanapun selamat serta mudah.

Kelenjar tiroid

Secara anatomi, kelenjar tiroid terbahagi dua, seperti rama-rama. Dua hormon dikeluarkan kelenjar ini iaitu hormon tiroksin (T4) dan juga triiodotiroksin (T3).

Hormon-hormon ini mengawal kadar perjalanan kebanyakan fungsi-fungsi badan yang dipanggil metabolisma.

Meningkatnya hormon-hormon ini bermakna metabolisma badan meningkat dan begitulah sebaliknya akan berlaku jika hormon terbabit dikurangkan.

Baca artikel penuh : KLIK DISINI

Posted by: mybiovco@gmail.com
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)

Have you tried the highest rated email app?
With 4.5 stars in iTunes, the Yahoo Mail app is the highest rated email app on the market. What are you waiting for? Now you can access all your inboxes (Gmail, Outlook, AOL and more) in one place. Never delete an email again with 1000GB of free cloud storage.

https://www.biovco.com

SPONSORED LINKS

Monday, November 12, 2018

Kekurangan nutrisi punca rambut gugur

Wanita disarankan mengambil asid lemak Omega-3 tiga kali seminggu untuk kesihatan kulit dan rambut.

RAMBUT adalah mahkota wanita. Justeru apa terjadi jika anda kehilangan mahkota itu?

Masalah keguguran rambut lebih kerap dikaitkan dengan lelaki kerana hormon testosterone. Secara genetik, 70 peratus lelaki sensitif dengan hormon ini dan seawal usia 18 tahun, folikel rambut yang sensitif akan semakin lemah dan menyebabkan rambut yang tumbuh semakin sedikit dan seterusnya langsung tiada.

Wanita juga sebenarnya berhadapan masalah sama. Banyak faktor boleh dikaitkan dengan masalah kekurangan rambut. Satu daripadanya menurut Pakar Nutrisi Persatuan Penyelidikan Miami, Doug Kalman, kekurangan beberapa jenis nutrisi cenderung menyebabkan rambut kering, suram dan putus.

Beliau berkata, mereka yang mengamalkan diet rendah lemak atau diet tanpa lemak akan lebih berisiko mengalami masalah kehilangan rambut yang berkait dengan nutrisi.

Baca info selanjutnya : KLIK DISINI

Posted by: mybiovco@gmail.com
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (3)

Have you tried the highest rated email app?
With 4.5 stars in iTunes, the Yahoo Mail app is the highest rated email app on the market. What are you waiting for? Now you can access all your inboxes (Gmail, Outlook, AOL and more) in one place. Never delete an email again with 1000GB of free cloud storage.

https://www.biovco.com

SPONSORED LINKS

Sunday, November 11, 2018

Tiroid bukan sekadar bengkak pada leher

Apabila menyebut mengenai penyakit tiroid, maka kita akan menggambarkan seorang pesakit yang mengalami bengkak di depan leher dengan tubuh kurus. Namun, tidak semua pesakit tiroid menonjolkan ciri-ciri bengkak di leher.

Bagaimanapun, paling ketara, pesakit tiroid selalunya mengalami masalah menggeletar, kuat makan, panas, cepat berpeluh dan mudah marah.

Apakah yang menyebabkan tiroid dan adakah hanya bengkak di leher menunjukkan seseorang itu berpenyakit tiroid dan harus dibedah?

Perunding Perubatan dan Endokrinologis (diabetologis) di sebuah hospital swasta di ibu negara, Dr Sharifah Sakinah Syed Othman al-Yahya, berkata ada pelbagai jenis Tiroid.

Beliau berkata, hipertiroid dan hipotiroid ialah penyakit tiroid yang paling kerap dialami, terutama wanita berusia 20 tahun ke atas.

Katanya, tiroid nodul dan hipotirodisme kongenital juga termasuk dalam jenis penyakit tiroid selain postpartum tiroiditis atau menghidap penyakit tiroid selepas melahirkan anak.

Baca Info Lanjut : KLIK DISINI

Posted by: mybiovco@gmail.com
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (5)