Sunday, October 6, 2013

[batavia-news] Madonna belajar al-Quran

 

 
 
 

Madonna belajar al-Quran

 

LOS ANGELES 5 Okt. - Ikon pop Amerika Syarikat (AS), Madonna mendedahkan dia kini sedang mempelajari al-Quran.

Penyanyi berusia 55 tahun itu berkata, mempelajari kitab suci al-Quran adalah penting kerana semua agama mengajar kebaikan.

"Bagi saya adalah penting untuk mempelajari semua kitab suci, terutamanya al-Quran, kerana setiap agama mengajar kita untuk menjadi baik," katanya dalam satu artikel yang disiarkan dalam majalah fesyen Harper's Bazaar.

Madonna berkata, dia kini turut menyalurkan dana untuk membina sekolah bagi kegunaan kanak-kanak perempuan di negara-negara Islam.

Dalam wawancara tersebut, penyanyi kelahiran Michigan itu turut mendedahkan dia pernah mengalami pelbagai peristiwa pahit termasuk menjadi mangsa rogol.

Katanya, ketika kejadian dia diacukan pisau oleh mangsa sebelum dirogol.

"Kejadian berlaku ketika saya masih remaja dan baru tiba di bandar raya New York, dan peristiwa hitam itu berlaku di atas bumbung pangsapurinya.

"Tinggal di New York bukanlah seperti yang saya gambarkan sebelum ini dan bandar tersebut tidak mengalu-alukan kedatangan saya," ujarnya.

Bagaimanapun, Madonna tidak mendedahkan maklumat lanjut tentang kejadian rogol tersebut. - AFP

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment