Megawati tak bertanding jawatan Presiden
JAKARTA 29 Mei - Buat kali pertama pemimpin parti pembangkang, Megawati Sukarnoputeri memberi gambaran beliau tidak akan bertanding jawatan kerusi Presiden Indonesia pada Pilihan Raya Umum 2014.
Megawati yang memimpin Parti Demokrasi Indonesia - Perjuangan (PDI-P) sebaliknya sudah bersedia untuk memberi laluan kepada pemimpin muda termasuk Gabenor Jakarta, Joko Widodo sebagai calon Presiden Indonesia dari parti berkenaan.
Eksekutif parti berkenaan, Puan Maharani yang juga anak kepada Megawati memberitahu, PDI-P yang selama ini begitu konsisten meletakkan calon muda di peringkat pilihan raya wilayah akan menggunakan strategi yang sama di peringkat pusat.
"Jika ada calon muda yang berpotensi untuk dicalonkan sebagai Presiden Indonesia 2014 kenapa tidak?
"Megawati juga mahu pelapis baru mengambil alih kepimpinan PDI-P," katanya seperti yang dilaporkan oleh akhbar The Jakarta Post hari ini.
PDI-P merupakan parti pembangkang terbesar Indonesia yang sehingga kini masih belum menamakan calon yang akan bertanding kerusi Presiden Indonesia pada pilihan raya tahun depan.
Megawati yang juga anak kepada Bapa Kemerdekaan Indonesia, Presiden Sukarno dilihat sebagai seorang wanita berpengaruh dalam parti berkenaan, tetapi dua kali tewas dalam cubaan bertanding kerusi Presiden.
Megawati bagaimanapun pernah menjadi Presiden Indonesia yang kelima pada 23 Julai 2001 hingga 20 Oktober 2004.
Ini merupakan kali pertama Megawati membuat cadangan keterbukaan parti itu membuka pencalonan kepada orang lain berbanding diri beliau sendiri.
Cadangan itu dibuat berikutan hasil daripada pelbagai kaji selidik yang mendapati Joko Widodo atau lebih mesra dikenali sebagai Jokowi merupakan tokoh politik negara yang jauh lebih popular berbanding Megawati.
Seandainya Jokowi dicalonkan sebagai Presiden Indonesia pada Pilihan Raya Umum 2014, tidak mustahil beliau mendapat mandat daripada rakyat Indonesia kerana popularitinya yang luar biasa.
Selain Jokowi, calon lain dari PDI-P yang juga dilihat memiliki karisma ialah Puan sendiri dan Timbalan Speaker Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Pramono Anung.
Kaji selidik terbaharu yang dibuat oleh Pusat Pengajian Strategik Antarabangsa (CSIS) mendapati, seandainya pilihan raya diadakan sekarang, Jokowi dengan mudah akan memperoleh 28.6 peratus undian.
Berada di kedudukan kedua selepas Jokowi ialah Ketua Umum Parti Gerakan Indonesia Raya (Gerindra), Prabowo Subianto yang memperoleh 15.6 peratus, diikuti Ketua Umum Parti Golkar, Aburizal Bakrie (7 peratus) dan Megawati (5.4 peratus).
Sebelum ini, Ketua Majlis Tertinggi PDI-P yang juga suami Megawati, Taufiq Kiemas secara terbuka mengkritik keinginan isterinya itu untuk bertanding sekali lagi bagi kerusi Presiden.
Taufiq yang juga Ketua Majlis Permesyuaratan Rakyat (MPR) Indonesia menegaskan, PDI-P seharusnya mencalonkan tokoh-tokoh muda dari parti berkenaan pada pilihan raya tahun depan.
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20130530/lu_06/Megawati-tak-bertanding-jawatan-Presiden#ixzz2UlCybZ4E
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup
--------------
No comments:
Post a Comment