Wednesday, February 26, 2014

[batavia-news] Pembinaan kubur mewah haram - Majlis Ulama Indonesia

 

 
 
ARKIB : 26/02/2014

Pembinaan kubur mewah haram - Majlis Ulama Indonesia

 

JAKARTA 26 Feb. - Majlis Ulama Indonesia (MUI) hari ini mengeluarkan fatwa bahawa pembinaan kubur mewah adalah haram dari segi hukum agama.

"Orang yang hidup boleh menyiapkan kubur untuk si mati tetapi yang tidak dibolehkan ialah bermewah-mewahan," kata Ketua Majlis Tarjih Muhammadiyah, pertubuhan Islam terbesar di Indonesia, Yunahar Ilyas di sini hari ini.

Muhammadiyah adalah antara organisasi yang menganggotai MUI.

Beliau berkata, pembinaan kubur mewah hanya mengambil ruang untuk manusia yang masih hidup yang memerlukan tanah bagi dijadikan rumah kediaman.

"Sedangkan Islam, lebih mementingkan keperluan orang masih hidup berbanding orang yang sudah meninggal dunia.

"Seperti di Mesir, kubur dibina dengan begitu hebat sehingga lama-kelamaan orang hidup di kubur kerana lantai kubur dibina daripada seramik dan beratap," katanya. - BERNAMA

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment