Saturday, September 7, 2013

[batavia-news] Rakyat sokong penerbitan filem tentang Presiden Sukarno

 

 
 

Rakyat sokong penerbitan filem tentang Presiden Sukarno

 

JAKARTA 6 Sept. - Berbeza dengan filem Tanda Putera yang dibidas dan dicemuh sebilangan pihak, usaha menerbitkan filem tokoh kemerdekaan Indonesia, Sukarno pula mendapat layanan yang jauh lebih baik daripada rakyat negara ini.

Menyedari bahawa filem itu boleh menerapkan nilai-nilai patriotisme di kalangan rakyatnya, ada pihak mencadangkan agar filem Sukarno diedarkan ke sekolah-sekolah di Indonesia dalam bentuk cakera padat (CD).

Ketua Pengarah Kementerian Kebudayaan dan Pendidikan Indonesia, Kacung Maridjan berkata, filem Sukarno bukan sebuah filem komersial, sebaliknya ia merupakan karya sejarah yang menceritakan kisah perjuangan tokoh kemerdekaan negara itu.

"Kami akan edarkan dalam bentuk CD ke sekolah-sekolah secara percuma agar semua rakyat dapat menontonnya," katanya kepada wartawan di sini semalam.

Filem yang dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Indonesia tersebut akan menyorot kehidupan Presiden pertama Indonesia itu khususnya semasa beliau berada dalam tahanan.

Tanpa mahu mendedahkan kos pembikinan filem Sukarno, Kacung tidak menafikan, pembiayaan penerbitan itu amat besar jumlahnya.

Menurut Kacung, menjadi tanggungjawab kerajaan menerbitkan filem nasional seperti Sukarno yang mengandungi nilai budaya kerana ia penting bagi pembentukan jati diri generasi muda.

"Sukarno merupakan tokoh yang layak untuk difilemkan kerana beliau ialah pemimpin luar biasa dan berpengaruh dalam membentuk negara Indonesia," ujar beliau.

Filem tersebut diterbitkan syarikat PT Cahaya Kristal Media dan diarahkan oleh Viva Westi.

Aktor popular Baim Wong yang akan memegang watak utama sebagai Presiden Sukarno, sementara aktres Ria Irawan akan melakonkan watak Inggit Ganarsih iaitu isteri pertama Sukarno.

Pembikinan filem itu akan bermula hujung bulan ini dan mengambil masa selama sebulan sebelum ditayangkan kepada umum pada tahun depan.

Selain filem Sukarno, sebuah lagi karya mengenai tokoh yang sama turut diterbitkan iaitu Sukarno: Indonesia Merdeka arahan Hanung Bramantyo yang akan ditayangkan hujung tahun ini. - UTUSAN

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment