Friday, November 1, 2013

[batavia-news] Zahrain mahu suburkan hubungan Malaysia-Indonesia

 

 

Zahrain mahu suburkan hubungan Malaysia-Indonesia

 

JAKARTA 1 Nov. - Menjadikan media Indonesia sebagai rakan kongsi utama dalam menyuburkan lagi keakraban hubungan Malaysia-Indonesia adalah antara misi penting yang direncanakan oleh Duta Besar Malaysia ke Indonesia yang baharu, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (gambar).

Katanya, beliau berpandangan hubungan antara pejabat kedutaan dan media tempatan bukan sekadar dari segi penglibatan, tetapi perlu dipupuk agar wujud hubungan akrab yang dapat memantapkan penyaluran maklumat berkaitan kedua-dua negara.

"Banyak yang sedang berlaku di Indonesia ini, banyak isu-isu berbangkit, dan Malaysia-Indonesia boleh saling mengambil iktibar, saling belajar dalam menangani pelbagai isu semasa," katanya dalam perjumpaan dengan kumpulan wartawan Malaysia di Pejabat Kedutaan Malaysia di sini malam tadi.

Zahrain yang merupakan bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, menerima watikah pelantikannya daripada Yang di-Pertuan Agong kira-kira sebulan lalu.

Perjumpaannya dengan anggota Kelab Media Putrajaya itu merupakan sebahagian daripada Program Interaksi Strategik antara kelab berkenaan dengan Kementerian Wilayah Persekutuan dengan kerjasama Perbadanan Putrajaya.

Turut hadir dalam perjumpaan itu ialah Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian, Datuk Hasim Ismail dan Naib Presiden Kanan Perbadanan Putrajaya, Datuk Muhammad Haitamin Ishak.

Ditanya mengenai usaha lain yang diberi tumpuan olehnya, Zahrain berkata beliau sedang membina rangkaian kerja yang mantap dengan pelabur.

Katanya perkembangan ekonomi Indonesia sejak kebelakangan ini cukup memberangsangkan dan menunjukkan potensi untuk menjadi kuasa ekonomi yang hebat setanding China serta India, dan Malaysia perlu mengambil peluang itu untuk bergerak seiring dengannya.

Selain itu, Zahrain berkata beliau juga mempertingkat usaha mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan kepada rakyat republik tersebut, terutama dalam sektor pelancongan kesihatan yang didapati menjadi tumpuan pelancong Indonesia.

Terdahulu, rombongan itu melawat ibu pejabat agensi berita Indonesia, Antara News di Jalan Medan Merdeka Selatan di sini, bagi meninjau operasi agensi berita kebangsaan Indonesia berkenaan dalam menyalurkan berita kepada media tempatan dan antarabangsa. - BERNAMA

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment