Tuesday, December 31, 2013

[batavia-news] Aceh larang sambutan Tahun Baharu

 

 
 

Aceh larang sambutan Tahun Baharu

 

BANDA ACEH 31 Dis. - Polis Syariah wilayah Aceh merampas beribu-ribu mercun dan trompet kadbod dalam satu serbuan berikutan pengharaman sambutan malam Tahun Baharu, menurut sumber, hari ini.

Serbuan ke gerai-gerai yang menjual barangan itu dilakukan malam tadi berikutan fatwa Majlis Permusyawaratan Ulama Aceh (MPU) yang dikeluarkan pada 24 Disember lalu melarang sambutan itu diadakan dalam wilayah ini.

"Operasi ini dilaksanakan sebelum menjelang malam Tahun Baharu bertujuan memastikan rakyat mematuhi fatwa yang dikeluarkan kerajaan.

"Oleh itu, tidak ada sebarang aktiviti yang akan dibenarkan untuk menyambut kedatangan Tahun Baharu ini," kata pegawai kanan polis Syariah, Reza Kamilin kepada AFP.

Pengharaman sambutan malam Tahun Baharu itu merupakan sebahagian daripada penguatkuasaan undang-undang Syariah di wilayah ini dan dipantau oleh pihak polis Syariah dalam usaha menjaga moral penduduk.

Polis turut mengadakan serbuan di hotel-hotel serta gerai makanan selepas amaran dikeluarkan, kata Reza.

"Polis akan membubarkan sebarang aktiviti perhimpunan. Sesiapa pun yang dilihat bermain bunga api atau trompet, barang-barang itu akan dirampas," katanya.

Beberapa bahagian lain di Aceh dilaporkan turut mengharamkan sambutan Tahun Baharu kerana menganggap orang Islam hanya perlu menyambut kedatangan Maal Hijrah.

Pihak berkuasa Aceh mula melaksanakan undang-undang Syariah pada 2001 yang mengenakan hukuman sebat terhadap pesalah yang ditangkap berjudi atau minum arak. - AFP



I am using the Free version of SPAMfighter.
SPAMfighter has removed 2053 of my spam emails to date.

Do you have a slow PC? Try a free scan!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment