Thursday, January 2, 2014

[batavia-news] Wanita miliki nama unik

 

 

Wanita miliki nama unik

Janice Lokelani Keihanaikukauakahihuliheeka Haunaele mempunyai nama keluarga sepanjang 36 huruf. - AGENSI

 

HONOLULU 1 Jan. - Seorang wanita veteran di sini yang mempunyai nama keluarga sepanjang 36 huruf akhirnya berjaya memperolehi lesen memandu dan kad pengenalan yang boleh memuatkan nama uniknya itu.

Janice Lokelani Keihanaikukauakahihuliheeka Haunaele, 54, memperolehi lesen memandu dan kad pengenalan untuk dirinya itu selepas melancarkan kempen di Jabatan Pengangkutan Hawaii bagi membolehkan nama panjangnya dimuatkan ke dalam kedua-dua dokumen tersebut.

Keihanaikukauakahihuliheeka Haunaele semalam berkata, dia gembira apabila Jabatan Pengangkutan bersetuju untuk meletakkan nama penuhnya dalam lesen memandu dan kad pengenalannya.

"Kerajaan Hawaii sebelum ini menyediakan ruang nama sehingga 35 huruf sahaja bagi kad pengenalan dan lesen memandu, namun kini polisi itu ditukar kepada 40 huruf.

"Sehubungan itu, saya tidak lagi dipandang sebagai penduduk Hawaii kelas dua ekoran nama yang terlalu panjang itu," katanya.

Keihanaikukauakahihuliheeka haunaele memperolehi nama panjang itu selepas dia berkahwin dengan seorang lelaki Hawaii pada 1992.

Keihanaikukauakahihuliheeka haunaele membangkitkan tentang namanya yang panjang itu kepada media pada awal tahun ini selepas dia menghadapi masalah untuk mendapatkan lesen memandu. - AGENSI



I am using the Free version of SPAMfighter.
SPAMfighter has removed 2168 of my spam emails to date.

Do you have a slow PC? Try a free scan!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment