Friday, October 25, 2013

[batavia-news] Jakarta larang persembahan monyet

 

 
 

Jakarta larang persembahan monyet

 

JAKARTA - Pihak berkuasa Jakarta bakal menguatkuasakan larangan persembahan monyet di jalanan atau dikenali sebagai topeng monyet bagi mengelakkan penyebaran penyakit anjing gila dan mengganggu lalu-lintas.

Gabenor Jakarta, Joko Widodo berkata, Jabatan Sosial akan bekerjasama dengan pihak polis dan Jabatan Laut dan Penternakan untuk mengatasi lambakan persembahan monyet di ibu negara ini.

Widodo berkata, kebanyakan persembahan monyet jalanan tidak dilakukan oleh pemiliknya, dan ramai di antara mereka datang dari luar Jakarta untuk mencari wang di bandar ini.

Jelasnya, persembahan topeng monyet sering menyebabkan kesesakan lalu-lintas ekoran tindakan orang ramai berkumpul dan berhenti di tepi jalan untuk melihat aksi lincah haiwan terbabit.

"Selain itu, mengikut Peraturan Daerah Nombor 8 (2007) berkaitan perihal awam, persembahan monyet merupakan satu kesalahan kerana haiwan terbabit boleh menyebarkan penyakit berbahaya kepada orang ramai.

"Monyet merupakan haiwan yang dilindungi dan perlu dihantar semula ke habitat di kawasan hutan simpan," katanya kepada tribunnews.com.

Larangan terbabit dijangka dikuatkuasakan bermula tahun depan dan kesemua monyet yang dirampas akan ditempatkan di Taman Mergastua Ragunan sebelum dilepaskan ke hutan simpan.

Bagaimanapun Widodo berkata, pihaknya akan membeli kesemua monyet terbabit dan menanggung kos rawatan bagi yang berpenyakit.

"Saya juga akan membantu pemilik monyet untuk mendapatkan pekerjaan baharu bagi memastikan sumber pendapatan mereka tidak terjejas," katanya tanpa menjelaskan jenis pekerjaan yang ditawarkan kepada golongan itu. - AGENSI

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment