Monday, December 16, 2013

[batavia-news] Singapura perlu urus pekerja asing

 

 

Singapura perlu urus pekerja asing

 

Sebahagian anggota polis Singapura memerhatikan kenderaan yang terbakar ketika berlakunya rusuhan di Little India, Singapura, baru-baru ini. – REUTERS
 

SINGAPURA 15 Dis. - Tragedi rusuhan warga asing di daerah Little India pada minggu lalu membuka mata kerajaan Singapura tentang perlunya pengurusan terhadap golongan tersebut yang menjadi sebahagian daripada tenaga kerja di republik ini.

Dalam insiden pada 8 Disember lalu, kira-kira 400 pekerja asing warga India merusuh berikutan kematian seorang rakan mereka dikenali sebagai Sakthivel Kumaravelu, 33, yang dilanggar sebuah bas di persimpangan Jalan Race Course dan Jalan Hampshire.

Rusuhan yang disifatkan terburuk dalam tempoh 40 tahun itu menyebabkan 39 orang cedera termasuk anggota polis, selain 25 kenderaan musnah dibakar.

Sehubungan itu, Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong mengarahkan pihak berkuasa untuk menyiasat kejadian tersebut dan meneliti pengurusan pekerja asing di republik ini.

"Singapura memerlukan pekerja asing. Jika kita tidak menggunakan khidmat mereka, projek pembinaan bangunan atau rumah di republik ini tidak akan dapat dilaksanakan.

"Keadaan itu akan memberi kesan buruk kepada pembangunan dan kemajuan Singapura," katanya, sambil merujuk kebimbangan orang ramai tentang kehadiran pekerja asing di republik ini selepas kejadian rusuhan tersebut.

Singapura kini mempunyai penduduk seramai 5.4 juta, namun hanya 3.84 juta merupakan warganegara atau penduduk tetap.

Daripada 1.55 juta jumlah penduduk asing di republik ini, hanya 700,000 daripada mereka memiliki permit bekerja, terutamanya sebagai buruh pembinaan, manakala selebihnya bekerja dalam bidang domestik.

Data terbaharu menunjukkan syarikat serta warga asing menyumbang sebanyak 44 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di republik ini atau bersamaan S$334.1 bilion (RM835.25 bilion) pada 2011 dan jumlah itu meningkat kepada S$345.6 bilion (RM864 bilion) pada 2012. - AFP



I am using the Free version of SPAMfighter.
SPAMfighter has removed 1414 of my spam emails to date.

Do you have a slow PC? Try a free scan!

__._,_.___
Reply via web post Reply to sender Reply to group Start a New Topic Messages in this topic (1)
Recent Activity:
http://groups.yahoo.com/group/batavia-news
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup 
--------------
.

__,_._,___

No comments:

Post a Comment