Hubungan Indonesia-Australia kembali reda
JAKARTA 27 Nov. - Kemelut hubungan diplomatik antara Indonesia dan Australia menunjukkan tanda ia akan reda, selepas Perdana Menteri Australia, Tony Abbott memberi maklum balas terhadap kebimbangan Presiden Indonesia, Susilo Bambang Yudhoyono, semalam.
Susilo berkata, beliau akan menghantar Menteri Luar, Marty Natalegawa atau seorang utusan khas ke Australia bagi membincangkan usaha mewujudkan kod tatalaku yang membenarkan kedua-dua negara meneruskan kerjasama dalam beberapa isu termasuk perkongsian maklumat risikan, ketenteraan dan polis.
Beliau menghantar sepucuk surat kepada Abbott dengan menyuarakan kebimbangannya dalam soal hubungan bilateral negara dan beliau mendapat maklum balas yang cepat tentang perkara itu dari Canberra.
"Abbott perlu berjanji bahawa Australia tidak akan melakukan sesuatu pada masa hadapan yang menjejaskan atau mengganggu Indonesia,'' kata Susilo tanpa mendedahkan butiran lanjut.
Kenyataan itu dibalas Abbott yang menyifatkan cadangan kod tatalaku sebagai satu langkah yang baik ke arah hubungan dua negara.
"Ia merupakan kenyataan yang mesra dan amat positif tentang Australia,'' kata Abbott menambah Canberra menyambut baik usul berkenaan yang akan disusuli oleh tindakan lanjut.
Minggu lalu, Jakarta mengurangkan kerjasama diplomatiknya dengan Australia, antaranya melibatkan agensi penguatkuasaan undang-undang dan tentera termasuk isu melibatkan penyeludupan manusia.
Abbott setakat ini masih enggan mengesahkan atau menafikan bahawa perbualan telefon Susilo, isterinya dan pemimpin-pemimpin lain diintip pada 2009, malah beliau tidak memohon maaf tentang tuduhan yang didedahkan oleh dokumen bekas kontraktor Agensi Keselamatan Kebangsaan (NSA) Amerika Syarikat, Edward Snowden.
Sementara itu, Menteri Perindustrian Indonesia, Suleman Hidayat mendakwa Susilo dilaporkan kecewa selepas surat yang dihantar oleh Abbott kepadanya tidak mengandungi kenyataan permohonan maaf Australia sebaliknya hanya perasaan kesal negara tersebut.
"Presiden tidak berasa malu, namun beliau marah. Beritahu Australia saya marah,'' kata Mohamad lagi seperti mana yang dipetik akbar Koran Tempo hari ini. - AP/BERNAMA
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20131128/lu_05/Hubungan-Indonesia-Australia-kembali-reda#ixzz2ltWqB15y
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup
--------------
No comments:
Post a Comment