Australia tidak berperikemanusiaan - Marty
JAKARTA 8 Feb. - Menteri Luar Indonesia menyifatkan dasar Australia untuk menunda bot-bot asing kembali ke perairan Indonesia sebagai satu tindakan yang tidak berperikemanusiaan.
Menterinya, Marty Natalegawa (gambar) membuat kenyataan itu selepas laporan menyatakan sebuah bot yang membawa seramai 34 orang dari empat negara ditemui dihanyutkan ke Jawa Barat pada Rabu lalu.
''Bolehkah dasar pentadbiran Abbott (Perdana Menteri Australia, Tony Abbott) dipanggil sebagai dasar sebuah kerajaan yang mendokong hak asasi manusia dan kemanusiaan?,'' katanya, sebagaimana yang dipetik akhbar Kompas,
''Pencari suaka ini adalah orang yang memerlukan perlindungan,'' tambah Marty.
Stesen televisyen Australia, ABC minggu lalu menyiarkan klip sebuah bot yang membawa pelarian yang sedang ditunda oleh sebuah kapal Australia.
Bot dalam klip video itu dipercayai antara yang dihanyutkan ke Indonesia.
Marty dalam pada itu menggesa kumpulan-kumpulan hak asasi manusia dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) meneliti dasar baharu Autsralia itu, yang memintas pendatang haram di tengah laut, dengan menegaskan bahawa Australian merupakan pihak yang menyertai konvensyen pelarian PBB 1951.
Katanya, bukannya dasar Indonesia atau niat kerjaan untuk membantu bot-bot haram itu, sambil menegaskan, kedua-dua negara terjejas akibat pelarian itu yang kebanyakannya datang dari Asia Selatan yang sampai ke Indonesia sebelum cuba memasuki Australia. - DPA
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140209/lu_03/Australia-tidak-berperikemanusiaan---Marty#ixzz2slmbwCkh
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup
--------------
No comments:
Post a Comment