Beribu-ribu buku anti-Islam terbakar
TRIPOLI, Lebanon 9 Jan. - Beribu-ribu buku termasuk risalah yang dipercayai mengandungi bahan anti-Islam musnah dalam satu kebakaran di sebuah kedai buku, di sini pada Sabtu lalu.
Kebakaran yang dicetuskan oleh sekumpulan lelaki bersenjata itu merupakan konflik keagamaan terbaharu yang kian meruncing di negara ini.
Kedai itu dilaporkan menjual sejumlah risalah mengandungi bahan anti-Islam yang ditulis oleh seorang paderi yang juga merangkap pemilik premis tersebut, Ibrahim Sarrouj.
Seorang saudara Sarrouj, Najat Bittar berkata, dua hari sebelum kejadian, seorang pekerjanya cedera ditembak oleh lelaki bersenjata.
"Sarrouj melaporkan kejadian itu kepada polis, sebelum dia ditahan untuk soal siasat tentang pembabitannya menghasilkan risalah mengandungi bahan anti-Islam," katanya.
Pihak berkuasa masih menyiasat tentang kebakaran itu.
Kejadian itu mendapat bantahan daripada penduduk tempatan yang mula bosan dengan keganasan yang berlaku.
Malah, ada penduduk Islam dan Kristian menawarkan bantuan bagi membaiki kedai buku berusia 40 tahun itu.
Seorang sukarelawan, Mutaz Salloum berkata, dia sedih apabila kedai buku yang menempatkan pelbagai bahan bacaan berharga itu menjadi sasaran terbaharu pihak yang tidak bertanggungjawab.
"Ramai yang tidak tahu kewujudan kedai itu, biarpun ia sudah lama beroperasi. Rakyat Lebanon sudah muak dengan konflik keagamaan yang berterusan dan kami tidak akan berdiam diri lagi," katanya. - AP
Artikel Penuh: http://utusan.com.my/utusan/Luar_Negara/20140110/lu_04/Beribu-ribu-buku-anti-Islam-terbakar#ixzz2q8jptes9
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply via web post | Reply to sender | Reply to group | Start a New Topic | Messages in this topic (1) |
to Subscribe via email :
batavia-news-subscribe@yahoogroups.com
----------------------------------------
VISIT Batavia News Blog
http://batavia-news-networks.blogspot.com/
----------------------------
You could be Earning Instant Cash Deposits
in the Next 30 Minutes
No harm to try - Please Click
http://tinyurl.com/bimagroup
--------------
No comments:
Post a Comment